Tuesday, October 25, 2022

 Selain membaca atau mendengar kisah-kisah orang yang telah berjaya, kita juga boleh menonton drama atau filem untuk mendapatkan inspirasi kejayaan dalam hidup.

Mungkin ada yang hanya akan menontonnya sebagai hiburan namun sebenarnya tidak kurang ramai juga yang terpengaruh dan mengubah gaya pemikiran mereka selepas habis menontonnya apatah lagi jika filem itu diinspirasikan daripada sebuah kisah benar.

Jika anda perlukan motivasi dalam bisnes untuk tidak berputus asa dalam dunia keusahawanan, ini 5 saranan filem yang boleh anda tonton sebagai inspirasi. Belajar sambil berhibur!

1. The Wolf of Wall Street

Filem komedi gelap ini mengisahkan tentang Jordan Belfort, broker terkenal Amerika yang telah memperoleh kekayaan luar biasa. Perkara itu bagaimanapun telah menarik perhatian FBI sehinggakan dia disabitkan dengan kes penipuan dan pengubahan wang haram.

Filem ini sentiasa mendahului senarai teratas dalam carta filem terbaik tentang perniagaan, kejayaan dan kewangan.

Ia mempunyai segala-galanya seperti kisah jatuh bangun, masalah jenayah, penipuan kewangan, gaya hidup mewah, dan cara paling luar biasa untuk melenyapkan wang.

Dilakonkan oleh Leonardo DiCaprio, Margot Robbie dan ramai lagi bintang ternama, anda pasti tidak akan terpukau dengan jalan cerita yang hebat serta lakonan yang mantap daripada mereka.

2. The Billionaire

Jika anda rasa kerja keras seperti tidak membuahkan hasil hingga rasa hampir putus asa, filem ini akan menjadi pendorong yang pastinya dapat meningkatkan semangat anda.

Filem ini berdasarkan kisah  sebenar seorang remaja di Thailand yang menjalani laluan berliku sebelum mencapai kejayaan yang diimpikan dalam hidupnya.

Kesungguhan, kepintaran dan usaha Tom tidak dipandang oleh orang yang lebih berusia daripadanya malah mendesaknya menerima pendidikan seperti remaja lain.

Sekolah, universiti dan alam pekerjaan tidak menarik minat Tom kerana matlamatnya adalah perniagaan. Ketahui kisah selanjutnya bagaimana dia berjaya mendapatkan gelaran ‘billionaire’ menerusi filem ini.

3. Moneyball

Filem biopik sukan yang menampilkan Brad Pitt ini boleh menjadi pendorong kuat untuk ramai usahawan moden. Seperti tajuknya, plot filem ini berkenaan dengan perubahan asas dalam kehidupan dan perubahan peraturan permainan.

Begitu juga dalam dunia perniagaan, jika anda mengatasi ketakutan dan mempunyai sikap tidak peduli, anda boleh mencapai hasil yang cemerlang dan mencari penyelesaian yang berkesan untuk masalah itu dengan sumber yang minimum.

4. Jerry Maguire

Kejayaan sebenar adalah jauh di luar zon selesa anda. Untuk mencapainya, anda perlu keluar dari kebiasaan biasa, menentang provokasi dan serangan pengkritik, mengatasi kesukaran dan menanggung kegagalan.

Menampilkan Tom Cruise sebagai peranan utama, filem cereka ini semestinya dapat meyakinkan penonton bahawa adalah penting untuk percaya pada diri sendiri, mengenali sasaran dan mengabaikan halangan untuk mencapai kejayaan.

5. The Social Network

Filem yang mendedahkan sejarah penciptaan Facebook ini adalah seperti sebuah buku teks perniagaan yang akan mencuri perhatian ramai penonton.

The Social Network menerangkan psikologi di sebalik keusahawanan moden dan hubungan antara ahli perniagaan dan pelabur, rakan kongsi, pesaing dan pemiutang. Apakah matlamat anda sebagai seorang usahawan dan sebagai seorang individu? Mengapa anda begitu bersemangat untuk berjaya? Jawapan jujur kepada soalan-soalan ini boleh mengubah hidup anda secara mendadak.

Terima kasih kerana dapat luangkan masa anda untuk membaca artikel ini. Semoga artikel “5 Filem Menarik Tentang Bisnes Yang Usahawan Patut Tonton!” ini sedikit sebanyak dapat memberikan manfaat kepada anda.

Sila kongsikan soalan atau ‘learning points’, apa yang anda dapat pelajari dari artikel ini dalam ruangan komen di bawah. ⬇️

Saturday, April 24, 2010

Subramaniam minta MTUC tak politikkan akta buruh

2010/04/24
KUALA LUMPUR: Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam meminta Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) tidak mempolitikkan langkah kementeriannya mengkaji semula undang-undang buruh.

Beliau berkata, kumpulan pekerja dan majikan boleh memberi pandangan mereka mengenai pindaan undang-undang itu, dan kementerian mengalu-alukan pandangan serta cadangan mereka, termasuk MTUC, berhubung pelbagai perkara.


"Kami sentiasa terbuka untuk perbincangan, dan mereka (MTUC) perlu mengambil peluang itu untuk memberi cadangan atau cadangan balas. "Mereka tidak sepatutnya menjadikannya sebagai satu isu politik kerana perkara itu membabitkan pekerja," katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

MTUC dilapor bercadang mengadakan bantahan terhadap pindaan undang-undang buruh itu di Hulu Selangor sebelum pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor, Ahad ini.

Subramaniam berkata, adalah sesuatu yang luar biasa bagi MTUC mengambil tindakan kerana kementerian belum memutuskan mengenai pindaan undang-undang terbabit.

"Ia tidak sepatutnya dijadikan isu pilihan raya. Kami akan mengambil kira semua perkara sebelum memutuskan perkara itu.
"Pandangan mereka adalah penting untuk kami merangka dasar. Adalah lebih baik bagi MTUC menggunakan saluran ini (perbincangan) dalam memperjuangkan hak pekerja," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Eksekutif Persatuan Kebangsaan Pekerja Ladang (NUPW) A Navamukundan, berkata tiada pihak yang perlu mengambil tindakan tergesa-gesa kerana rundingan mengenai pindaan undang-undang buruh itu masih berjalan.

"Masih ada ruang untuk berbincang dan bertukar pandangan kerana kita masih pada peringkat awal. Semua pihak terbabit sudah dijemput oleh kementerian (Sumber Manusia) untuk mengambil bahagian dan mereka bebas memberikan pandangan sama ada bersetuju atau tidak terhadap mana-mana perkara," katanya.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Omar Osman berkata pihaknya tidak bimbang dengan pindaan itu kerana ia masih pada peringkat awal.

"Kami diberi peluang oleh Kementerian Sumber Manusia untuk mengambil bahagian dalam proses perbincangan, dan kami akan memberikan pandangan serta cadangan kami," katanya.

Saturday, January 16, 2010

Makluman bersama: Keadaan Ekonomi Malaysia

BERITA DASYAT MUNGKIN DAH BASI TAPI KESAN SAMPAI KITA MATI

Berita yang cuba disorokkan oleh Kerajaan BN yang dikeluarkan oleh UBS Switzerland (memang tiada tersiar di dalam media perdana) ;
Kumpulan perkhidmatan kewangan antarabangsa, UBS Invesment Research yang berpengkalan di Switzerland menyenaraikan Malaysia sebagai negara yang mengalami penurunan rizab antarabangsa paling teruk dalam masa 12 bulan lalu di rantau Asia.
Laporan dari syarikat berprestij itu memperincikan kewangan Malaysia jatuh menjunam berikutan pengaliran keluar modal asing secara drastik.
Merujuk laporan UBS pengaliran modal dari Malaysia memuncak hampir 50 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar bersamaan RM355 bilion pada kiraan nilai semasa.
Malaysia hanya mencatatkan pelaburan asing sebanyak RM4.2 bilion bagi tempoh Januari hingga Mei 2009 berbanding RM46 bilion bagi tahun 2008.
Berbanding negera China, Hong Kong, Singapura, Taiwan dan Thailand yang mencatat peningkatan simpanan antarabangsa dalam tempoh 12 bulan. Namun apa yang mengerikan rizab Malaysia hampir pupus sama sekali.

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata beliau dimaklumkan ada usaha untuk menyembunyikan laporan UBS Investment itu daripada pengetahuan umum.
Menurut beliau, kerajaan Umno-Barisan Nasional harus lebih berani mendedahkan keadaan sebenar ekonomi negara.
“Kita suatu masa dahulu berkedudukan tinggi. kita lebih tinggi dari Taiwan dan Indonesia. Tapi kini kita merudum jatuh sehingga sama taraf dengan dengan yang tidak dikenali. Ini membimbangkan.
"Daripada kita terus tidak mengaku tentang pendedahan laporan ini, lebih baik kita berusaha pulihkan keyakinan dengan meyakinkan mereka yang kita laksanakan langkah lain untuk pulihkan keadaan. Aktiviti menafikan- menafikan tidak membawa apa- apa makna malah lebih banyak kecuaian akan terdedah sebaliknya. Agensi- agensi ini akan terus buat kajian untuk memastikan para pelabur melabur ditempat yang betul,” katanya.
oleh zeanaaima mohd yusof
sumber : www.tvselangor.com
Copy dari: http://pascawanganbukitsentosa2.blogspot.com/

Thursday, January 7, 2010

KDNK Malaysia dijangka berkembang 7 peratus

KOTA KINABALU: Ekonomi Malaysia mungkin berkembang sebanyak tujuh peratus pada 2011 berdasarkan kepada keadaan ekonomi dunia yang kian pulih, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah hari ini.

Pada masa sama, Ahmad Husni berkata, beliau yakin sasaran pertumbuhan lima peratus untuk tahun ini boleh dicapai.

Ahmad Husni berkata, walaupun Bank Dunia mensasarkan pertumbuhan 4.7 peratus untuk Malaysia tahun ini, kerajaan menetapkan unjuran yang tinggi iaitu lima peratus.


"Untuk mencapai sasaran ini (lima peratus), kerajaan sudah menjalankan kajian dan satu daripada inisiatifnya ialah meningkatkan permintaan tempatan bagi merancakkan ekonomi," katanya selepas merasmikan seminar mengenai Perniagaan Jihad di Universiti Malaysia Sabah di Likas, dekat sini hari ini.

Beliau berkata, kerajaan akan mempercepatkan pelaksanaan projek pembangunan.

"Projek di dalam perancangan akan dibawa ke hadapan untuk pelaksanaan. Kementerian juga akan cuba dan mempercepatkan proses tender bagi projek yang dikenal pasti.

"Kita percaya dengan meningkatnya tahap kecekapan, kita akan mencapai sasaran berkenaan," katanya.

Ahmad Husni berkata, kerajaan akan terus mengutamakan sektor tertentu, terutamanya industri pelancongan yang jelas tidak terjejas oleh kelembapan ekonomi baru-baru ini.

Dalam hal ini, beliau berkata, pelancongan kesihatan akan memainkan peranan penting bagi mencapai keputusan yang diharapkan itu.

Beliau berkata, ia adalah seiring dengan konsep 1Malaysia Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan matlamatnya untuk menukarkan negara dari ekonomi berasaskan pertanian kepada ekonomi pengilangan atau berprestasi tinggi.

"Malah, konsep 1Malaysia bukan saja mengenai menyatukan bangsa negara...ia juga mengenai bagaimana kita mahu menempatkan Malaysia sebagai negara penting di peta dunia termasuk dalam sfera ekonomi," katanya.

Terdahulu, dalam ucapannya, Ahmad Husni menggesa Bumiputera Islam menceburi perniagaan untuk meningkatkan standard kehidupan mereka.

Beliau berkata, seminar itu tepat dan sesuai pada masanya kerana ia menggariskan keperluan untuk bergerak ke hadapan dalam perniagaan bagi menikmati kejayaan dalam kehidupan. - Bernama

Monday, January 4, 2010

Isu perkataan "Allah" : Pendirian Pas


Pendirian Rasmi PAS, Bukan Islam Guna Nama 'Allah'

Oleh Hj Abdul Hadi Awang. Presiden PAS


"PAS sebagai parti Islam, amat menghormati prinsip kebebasan beragama seperti mana yang ditekankan oleh Islam kerana manusia tidak boleh dipaksa untuk menerima mana-mana agama melainkan ia merupakan pilihan sendiri.

Prinsip kebebasan beragama ini juga telah termaktub di dalam Perkara 11 Perlembagaan Persekutaan.

Walaupun demikian dalam konteks masyarakat di Malaysia, suasana dan keadaan setempat perlu diambil kira di atas kepentingan awam bagi memelihara keharmonian berbagai kaum dan agama.

Setiap warganegara Malaysia wajib memelihara suasana dan keadaan ini. PAS ingin menjelaskan bahawa berdasarkan kepada kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenar untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi.

Walau bagaimanapun, penggunaan kalimah Allah secara salah dan tidak bertanggungjawab mestilah dielakkan supaya ianya tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama dalam negara ini.

PAS memberikan peringatan kepada semua pihak supaya tidak menyalahgunakan perkataan Allah bagi mengelirukan atau menjadikan politik murahan untuk mendapatkan sokongan rakyat.

Al-Quran telah menyarankan cara yang betul menggunakan perkataan Allah, sebagaimana yang dinyatakan dalam Surah Al Imran ayat 64 yang bermaksud.

‘‘Katakanlah: Hai Ahli Kitab,marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatu pun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sesama manusia seperti pemimpin dan sebagainya sebagai tuhan selain Allah’’.

PAS dengan tegasnya ingin menolak sebarang bentuk tindakan agresif dan provokatif jahat yang boleh mengugat keharmonian dan mencetuskan ketegangan masyarakat.

PAS dengan segala rasa penuh tanggungjawab bersedia untuk menjelaskan isu ini kepada semua pihak bagi mewujudkan suasana yang harmoni berdasarkan kepada prinsip keadilan sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan dan dijamin oleh Islam."

Kenyataan Rasmi
Presiden PAS, Hj Abdul Hadi Awang
Jan 04, 10.

Pendirian PAS ini dibuat Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang melalui satu kenyataan yang dibaca Ketua Penerangan, Idris Ahmad selepas mesyuarat khas Lajnah Politik bersama Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut malam tadi, Jan 04 2010.

Turut hadir dalam mesyuarat sebelum itu Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang, Timbalan Presiden, Nasharudin Mat Isa, Naib Presiden, Salahudin Ayub dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Setiausaha, Datuk Mustafa Ali dan Ketua Dewan Muslimat, Ustazah Nuridah Salleh.

Pendirian tersebut juga dibuat selepas mengambil kira semua faktor termasuk melihat kepada pandangan semua pihak sebelum ini. Khamis lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan membenarkan akhbar mingguan terbitan gereja Katholik, Herald, menggunakan perkataan Allah sebagai ganti 'God' dalam bahasa Inggeris.

Hakim Datuk Lau Bee Lan dalam keputusannya memberitahu Herald mempunyai hak pada sisi perlembagaan untuk menggunakan perkataan tersebut. Keputusan ini menimbulkan reaksi negatif daripada pelbagai pihak termasuk 13 Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang bertindak membuat laporan polis sebagai membantah tindakan majalah milik aktivis Kristian itu.

Antara NGO terbabit ialah Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Ikatan Rakyat India Muslim Malaysia (IRIM), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Belia 4B.

Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri melahirkan kebimbangan penggunaan perkataan Allah disalahgunakan biarpun tidak salah untuk diguna kesemua agama samawi. Sementara itu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) semalam memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu.
Dari Meja suajana-utama:
Renungan untuk kita bersama, jelaslah Allah adalah tuhan yang sebenar patut kita sembah dan yakini dan nabi Muhammad itu kita yakini rasul Allah.

Thursday, December 31, 2009

Berita tergempar tahun baru!!! Penjenayah antarabangsa berkuasa di dalam ATM.



“Satu Malaysia tahu asset keselamatan utama Negara dijual memalui lorong gelap oleh orang dalam ATM” kata kawan saya. “Sungguh kejam talibarut pengkhianat negara tuukan..?” sambungnya lagi. “Depa nie musuh dalam selimut, mengalahkan komunis nie…, Almaunah tak khianat macam nieee. “Kalau hang skot apa hang nak buat?” Alamak terkedu aku soalan macamtu aku nak kena jawab..bukan apa? Takut Risik terdengar pulak…almaklumlah setahu aku perisikan ada dimana-mana saja.. nanti tak pasal2 aku plak kena cekup. “Em…emm..kalau dapat kat aku?” Aku cuba menduga kepala hotak kawan aku tuuu. “Kalau dapat kat aku skottttttt…mampuih aku kerjakan… ye laaa..kita macam nak mampus kerja dengan amanah untuk jaga keselamatan Negara… depa senang-senang jeeee nak buat untung sampai tak pikir keselamatan Negara…

“Skot,.. masa kita dulu… kalau ada skot kita yang lain buat khianat, kita buat ‘parti blanket’ kan…” Aku cuba umpan….Parti Blanket yang paling ditakuti oleh bebudak askar… sesiapa je yang buat salah, ramai-ramai akan pukul sampai lembik selepas diselimut di dalam gelap (waktu malam, selalunya malam minggu)….kemudian ada laaa cop tapak kasut PAKALOLO dan sebagainya... di badan budak tuu..sian oooo… tapi itu laaa hokum karma bagi sesiapa yang saboo dan seumpamanya…

Aku survey depan belakang takut ada orang terdengar perbincangan kami… yeee laaaa..isu yang sensitive macam nieee jagan dibuat main2…

“Depa tu semua pengkhianat, penjenayah, tak layak duduk di Malaysia tau” tambah kawan aku. Ya tak yaaa jugaaa…? Patutnya diorang tuuu kena buang negeri jeee macam…Pak Man Telo “Patut ke kalau diorang dibuang negeri jeee, buang leee kat pulau mana-mana.. pulau Perak ke, pulau Spartly ke…” aku cuba bagi idea…

“Hoi!!! Mana boleh? Gila apa? Pengkhianat macam tu patut tembak jeee… takpun kita pakat buat “Party Blanket” satu Malaysia, baru depa tau… dapat sekeh sorang sekali jadi leeer.. boleh mampus ooo…

“Yee laaa skot, kawan kita absent 2 hari jeee. Kena tahanan sampai 30hari… kena dok dalam tahanan je tak pe skot? Nie kena tanggung log tetengahari dengan tak pakai baju skot, malam kena reging lagi….siksa oooo nak abiskan 30 hari…” “Member aku kat unit dulu mintak sambung belajar tak dapat-dapat, dia apa lagi absent laaa ila dapat tawaran ... abis jee exem dia lapor balik kat kem…heemmp biasa laa skot..naik court martial. Jatuh hokuman 9 bulan tahanan… bukannya salah apa punnnn…kawan tu. Cuma pegi study jeeee..tak berhati perut betul Akta 72 tuu kann?

Agak-agak apa yang patut kita buat untuk beruk matyeh yang tak mengenal diuntung tuu yeeee… Depa tu tahap Penjenayah Antarabangsa tau… PENJENAYAH ANTARABANGSA dalam ATM!!!???

Sedutan sembang kedai kopi yang dirahsiakan lokasinya..

Dari Meja Juvitaku:

Hmmm ye laaa, diaorang ada rangkaian antarabangsa. Mereka boleh serang Negara kita bila-bila masa…dengan bantuan pengkhianat bangsa niee… bahaya-bahaya….


Wednesday, December 30, 2009

Maklum balas / Hubungi saya (klik disini)

Borang Maklumat @ Saujana-Utama
(Sila klik pada tajuk dahulu sebelum isikan maklumat anda disini)





Nama: *
Subject: *
E-mail Address: *
Alamat:
No. Telefon:
Message:
* RequiredCreate Email Forms