Thursday, December 31, 2009

Berita tergempar tahun baru!!! Penjenayah antarabangsa berkuasa di dalam ATM.



“Satu Malaysia tahu asset keselamatan utama Negara dijual memalui lorong gelap oleh orang dalam ATM” kata kawan saya. “Sungguh kejam talibarut pengkhianat negara tuukan..?” sambungnya lagi. “Depa nie musuh dalam selimut, mengalahkan komunis nie…, Almaunah tak khianat macam nieee. “Kalau hang skot apa hang nak buat?” Alamak terkedu aku soalan macamtu aku nak kena jawab..bukan apa? Takut Risik terdengar pulak…almaklumlah setahu aku perisikan ada dimana-mana saja.. nanti tak pasal2 aku plak kena cekup. “Em…emm..kalau dapat kat aku?” Aku cuba menduga kepala hotak kawan aku tuuu. “Kalau dapat kat aku skottttttt…mampuih aku kerjakan… ye laaa..kita macam nak mampus kerja dengan amanah untuk jaga keselamatan Negara… depa senang-senang jeeee nak buat untung sampai tak pikir keselamatan Negara…

“Skot,.. masa kita dulu… kalau ada skot kita yang lain buat khianat, kita buat ‘parti blanket’ kan…” Aku cuba umpan….Parti Blanket yang paling ditakuti oleh bebudak askar… sesiapa je yang buat salah, ramai-ramai akan pukul sampai lembik selepas diselimut di dalam gelap (waktu malam, selalunya malam minggu)….kemudian ada laaa cop tapak kasut PAKALOLO dan sebagainya... di badan budak tuu..sian oooo… tapi itu laaa hokum karma bagi sesiapa yang saboo dan seumpamanya…

Aku survey depan belakang takut ada orang terdengar perbincangan kami… yeee laaaa..isu yang sensitive macam nieee jagan dibuat main2…

“Depa tu semua pengkhianat, penjenayah, tak layak duduk di Malaysia tau” tambah kawan aku. Ya tak yaaa jugaaa…? Patutnya diorang tuuu kena buang negeri jeee macam…Pak Man Telo “Patut ke kalau diorang dibuang negeri jeee, buang leee kat pulau mana-mana.. pulau Perak ke, pulau Spartly ke…” aku cuba bagi idea…

“Hoi!!! Mana boleh? Gila apa? Pengkhianat macam tu patut tembak jeee… takpun kita pakat buat “Party Blanket” satu Malaysia, baru depa tau… dapat sekeh sorang sekali jadi leeer.. boleh mampus ooo…

“Yee laaa skot, kawan kita absent 2 hari jeee. Kena tahanan sampai 30hari… kena dok dalam tahanan je tak pe skot? Nie kena tanggung log tetengahari dengan tak pakai baju skot, malam kena reging lagi….siksa oooo nak abiskan 30 hari…” “Member aku kat unit dulu mintak sambung belajar tak dapat-dapat, dia apa lagi absent laaa ila dapat tawaran ... abis jee exem dia lapor balik kat kem…heemmp biasa laa skot..naik court martial. Jatuh hokuman 9 bulan tahanan… bukannya salah apa punnnn…kawan tu. Cuma pegi study jeeee..tak berhati perut betul Akta 72 tuu kann?

Agak-agak apa yang patut kita buat untuk beruk matyeh yang tak mengenal diuntung tuu yeeee… Depa tu tahap Penjenayah Antarabangsa tau… PENJENAYAH ANTARABANGSA dalam ATM!!!???

Sedutan sembang kedai kopi yang dirahsiakan lokasinya..

Dari Meja Juvitaku:

Hmmm ye laaa, diaorang ada rangkaian antarabangsa. Mereka boleh serang Negara kita bila-bila masa…dengan bantuan pengkhianat bangsa niee… bahaya-bahaya….


Wednesday, December 30, 2009

Maklum balas / Hubungi saya (klik disini)

Borang Maklumat @ Saujana-Utama
(Sila klik pada tajuk dahulu sebelum isikan maklumat anda disini)





Nama: *
Subject: *
E-mail Address: *
Alamat:
No. Telefon:
Message:
* RequiredCreate Email Forms

AL-QURAN DAN YAYASAN RESTU

By
Dr. Mahathir Mohamad


1. Yayasan Restu adalah sebuah badan bukan Kerajaan yang giat dalam pengeluaran Al-Quran yang dihias dengan lukisan bunga dan tumbuh-tumbuhan gaya Al-Quran tulisan tangan di zaman dahulu.

2. Yayasan Restu telah melatih penulis khad sehingga mereka dapat menulis dengan tangan Al-Quran dengan sepenuhnya.

3. Sekarang Yayasan Restu telah berjaya mengeluarkan Al-Quran dalam bahasa Melayu dan Inggeris yang disahkan oleh Jabatan yang bertanggungjawab dalam Kerajaan.

4. Pihak Kerajaan Pusat pernah memberi bantuan kewangan kepada Yayasan Restu. Pihak Kerajaan Barisan Nasional Selangor pula telah beri secara percuma sebuah bangunan untuk usaha menulis Al-Quran, melatih penulis-penulis khad dan mempamer hasil usaha murni mereka.

5. Yayasan Restu mengguna semua pendapatan daripada penjualan Al-Quran keluaran mereka untuk membiayai kerja-kerja mereka sahaja. Ia adalah sebuah non-profit organisation.

6. Saya amat berterimakasih kepada Yayasan Restu kerana menghadiahkan kepada saya tiap-tiap keluaran baru dan memberi sebuah Al-Quran yang ditulis tangan khas bagi saya. Mereka mengambil masa hampir lima tahun untuk mushaf Al-Quran yang unik ini.

7. Saya ingin syorkan supaya pelawat ke Selangor melapangkan masa untuk melawat Kompleks Taman Seni Islam Selangor di Persiaran Damai, Seksyen 10, Shah Alam untuk melihat penulis menulis ayat-ayat Al-Quran dan pameran Al-Quran Yayasan Restu. Saya yakin pelawat akan berbangga dengan kecantikan Al-Quran mushaf Malaysia yang dipamerkan.

8. Sebagai hasil sampingan apabila Quran mushaf Malaysia dipamerkan di New Zealand dan ceramah diberi berkenaan isi kandungan Al-Quran, ada pelawat bukan Islam yang kemudian memeluk agama Islam, Alhamdulillah.

Tuesday, December 29, 2009

Russia lancar satelit AS

MOSCOW: Russia melancarkan satelit telekomunikasi Amerika Syarikat (AS) dari Kazakhstan, hari ini, menurut laporan agensi berita Russia.

“Pelancaran itu mengikut perancangan dan satelit itu dijangka berada di orbit pada 9.32 pagi,” kata agensi angkasa lepas Russia, Roskosmos mengesahkan kepada agensi berita RIA Novosti.

Satelit DirectTV-12 bakal menyediakan perkhidmatan komunikasi, Internet dan satelit televisyen kepada pelanggan AS. - AFP
Sambutan Tahun Baru: Beberapa jalan di KL ditutup



KUALA LUMPUR: Beberapa jalan raya di sekitar bandaraya akan ditutup pada 31 Disember ini, sempena sambutan Ambang Tahun Baru 2010 yang akan diadakan di beberapa lokasi termasuk di Dataran Merdeka dan Bukit Bintang.

Ketua Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Rusli Mohd Noor dalam satu kenyataan hari ini berkata, jalan-jalan yang akan ditutup ialah bermula dari lampu isyarat Jalan Hishamudin/Jalan Raja, hingga lampu isyarat Jalan Raja/Jalan Tuanku Abdul Rahman mulai jam 7 malam (31 Disember) sehingga acara sambutan selesai untuk sambutan di Dataran Merdeka.

"Bagi sambutan di Bukit Bintang jalan yang ditutup bermula dari lampu isyarat Jalan Imbi/Jalan Sultan Ismail menghala ke lampu isyarat Jalan Sultan Ismail/Jalan Bukit Bintang mulai jam 12.01 pagi (31 Disember) hingga jam 6 pagi 1 Januari 2010," katanya.



Rusli berkata, laluan di sekitar Kuala Lumpur juga dijangka akan ditutup secara berperingkat-peringkat mengikut keadaan lalu lintas semasa. - Bernama