Saturday, January 16, 2010

Makluman bersama: Keadaan Ekonomi Malaysia

BERITA DASYAT MUNGKIN DAH BASI TAPI KESAN SAMPAI KITA MATI

Berita yang cuba disorokkan oleh Kerajaan BN yang dikeluarkan oleh UBS Switzerland (memang tiada tersiar di dalam media perdana) ;
Kumpulan perkhidmatan kewangan antarabangsa, UBS Invesment Research yang berpengkalan di Switzerland menyenaraikan Malaysia sebagai negara yang mengalami penurunan rizab antarabangsa paling teruk dalam masa 12 bulan lalu di rantau Asia.
Laporan dari syarikat berprestij itu memperincikan kewangan Malaysia jatuh menjunam berikutan pengaliran keluar modal asing secara drastik.
Merujuk laporan UBS pengaliran modal dari Malaysia memuncak hampir 50 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar bersamaan RM355 bilion pada kiraan nilai semasa.
Malaysia hanya mencatatkan pelaburan asing sebanyak RM4.2 bilion bagi tempoh Januari hingga Mei 2009 berbanding RM46 bilion bagi tahun 2008.
Berbanding negera China, Hong Kong, Singapura, Taiwan dan Thailand yang mencatat peningkatan simpanan antarabangsa dalam tempoh 12 bulan. Namun apa yang mengerikan rizab Malaysia hampir pupus sama sekali.

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata beliau dimaklumkan ada usaha untuk menyembunyikan laporan UBS Investment itu daripada pengetahuan umum.
Menurut beliau, kerajaan Umno-Barisan Nasional harus lebih berani mendedahkan keadaan sebenar ekonomi negara.
“Kita suatu masa dahulu berkedudukan tinggi. kita lebih tinggi dari Taiwan dan Indonesia. Tapi kini kita merudum jatuh sehingga sama taraf dengan dengan yang tidak dikenali. Ini membimbangkan.
"Daripada kita terus tidak mengaku tentang pendedahan laporan ini, lebih baik kita berusaha pulihkan keyakinan dengan meyakinkan mereka yang kita laksanakan langkah lain untuk pulihkan keadaan. Aktiviti menafikan- menafikan tidak membawa apa- apa makna malah lebih banyak kecuaian akan terdedah sebaliknya. Agensi- agensi ini akan terus buat kajian untuk memastikan para pelabur melabur ditempat yang betul,” katanya.
oleh zeanaaima mohd yusof
sumber : www.tvselangor.com
Copy dari: http://pascawanganbukitsentosa2.blogspot.com/

Thursday, January 7, 2010

KDNK Malaysia dijangka berkembang 7 peratus

KOTA KINABALU: Ekonomi Malaysia mungkin berkembang sebanyak tujuh peratus pada 2011 berdasarkan kepada keadaan ekonomi dunia yang kian pulih, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah hari ini.

Pada masa sama, Ahmad Husni berkata, beliau yakin sasaran pertumbuhan lima peratus untuk tahun ini boleh dicapai.

Ahmad Husni berkata, walaupun Bank Dunia mensasarkan pertumbuhan 4.7 peratus untuk Malaysia tahun ini, kerajaan menetapkan unjuran yang tinggi iaitu lima peratus.


"Untuk mencapai sasaran ini (lima peratus), kerajaan sudah menjalankan kajian dan satu daripada inisiatifnya ialah meningkatkan permintaan tempatan bagi merancakkan ekonomi," katanya selepas merasmikan seminar mengenai Perniagaan Jihad di Universiti Malaysia Sabah di Likas, dekat sini hari ini.

Beliau berkata, kerajaan akan mempercepatkan pelaksanaan projek pembangunan.

"Projek di dalam perancangan akan dibawa ke hadapan untuk pelaksanaan. Kementerian juga akan cuba dan mempercepatkan proses tender bagi projek yang dikenal pasti.

"Kita percaya dengan meningkatnya tahap kecekapan, kita akan mencapai sasaran berkenaan," katanya.

Ahmad Husni berkata, kerajaan akan terus mengutamakan sektor tertentu, terutamanya industri pelancongan yang jelas tidak terjejas oleh kelembapan ekonomi baru-baru ini.

Dalam hal ini, beliau berkata, pelancongan kesihatan akan memainkan peranan penting bagi mencapai keputusan yang diharapkan itu.

Beliau berkata, ia adalah seiring dengan konsep 1Malaysia Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan matlamatnya untuk menukarkan negara dari ekonomi berasaskan pertanian kepada ekonomi pengilangan atau berprestasi tinggi.

"Malah, konsep 1Malaysia bukan saja mengenai menyatukan bangsa negara...ia juga mengenai bagaimana kita mahu menempatkan Malaysia sebagai negara penting di peta dunia termasuk dalam sfera ekonomi," katanya.

Terdahulu, dalam ucapannya, Ahmad Husni menggesa Bumiputera Islam menceburi perniagaan untuk meningkatkan standard kehidupan mereka.

Beliau berkata, seminar itu tepat dan sesuai pada masanya kerana ia menggariskan keperluan untuk bergerak ke hadapan dalam perniagaan bagi menikmati kejayaan dalam kehidupan. - Bernama

Monday, January 4, 2010

Isu perkataan "Allah" : Pendirian Pas


Pendirian Rasmi PAS, Bukan Islam Guna Nama 'Allah'

Oleh Hj Abdul Hadi Awang. Presiden PAS


"PAS sebagai parti Islam, amat menghormati prinsip kebebasan beragama seperti mana yang ditekankan oleh Islam kerana manusia tidak boleh dipaksa untuk menerima mana-mana agama melainkan ia merupakan pilihan sendiri.

Prinsip kebebasan beragama ini juga telah termaktub di dalam Perkara 11 Perlembagaan Persekutaan.

Walaupun demikian dalam konteks masyarakat di Malaysia, suasana dan keadaan setempat perlu diambil kira di atas kepentingan awam bagi memelihara keharmonian berbagai kaum dan agama.

Setiap warganegara Malaysia wajib memelihara suasana dan keadaan ini. PAS ingin menjelaskan bahawa berdasarkan kepada kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenar untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi.

Walau bagaimanapun, penggunaan kalimah Allah secara salah dan tidak bertanggungjawab mestilah dielakkan supaya ianya tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama dalam negara ini.

PAS memberikan peringatan kepada semua pihak supaya tidak menyalahgunakan perkataan Allah bagi mengelirukan atau menjadikan politik murahan untuk mendapatkan sokongan rakyat.

Al-Quran telah menyarankan cara yang betul menggunakan perkataan Allah, sebagaimana yang dinyatakan dalam Surah Al Imran ayat 64 yang bermaksud.

‘‘Katakanlah: Hai Ahli Kitab,marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatu pun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sesama manusia seperti pemimpin dan sebagainya sebagai tuhan selain Allah’’.

PAS dengan tegasnya ingin menolak sebarang bentuk tindakan agresif dan provokatif jahat yang boleh mengugat keharmonian dan mencetuskan ketegangan masyarakat.

PAS dengan segala rasa penuh tanggungjawab bersedia untuk menjelaskan isu ini kepada semua pihak bagi mewujudkan suasana yang harmoni berdasarkan kepada prinsip keadilan sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan dan dijamin oleh Islam."

Kenyataan Rasmi
Presiden PAS, Hj Abdul Hadi Awang
Jan 04, 10.

Pendirian PAS ini dibuat Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang melalui satu kenyataan yang dibaca Ketua Penerangan, Idris Ahmad selepas mesyuarat khas Lajnah Politik bersama Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut malam tadi, Jan 04 2010.

Turut hadir dalam mesyuarat sebelum itu Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang, Timbalan Presiden, Nasharudin Mat Isa, Naib Presiden, Salahudin Ayub dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Setiausaha, Datuk Mustafa Ali dan Ketua Dewan Muslimat, Ustazah Nuridah Salleh.

Pendirian tersebut juga dibuat selepas mengambil kira semua faktor termasuk melihat kepada pandangan semua pihak sebelum ini. Khamis lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan membenarkan akhbar mingguan terbitan gereja Katholik, Herald, menggunakan perkataan Allah sebagai ganti 'God' dalam bahasa Inggeris.

Hakim Datuk Lau Bee Lan dalam keputusannya memberitahu Herald mempunyai hak pada sisi perlembagaan untuk menggunakan perkataan tersebut. Keputusan ini menimbulkan reaksi negatif daripada pelbagai pihak termasuk 13 Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang bertindak membuat laporan polis sebagai membantah tindakan majalah milik aktivis Kristian itu.

Antara NGO terbabit ialah Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Ikatan Rakyat India Muslim Malaysia (IRIM), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Belia 4B.

Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri melahirkan kebimbangan penggunaan perkataan Allah disalahgunakan biarpun tidak salah untuk diguna kesemua agama samawi. Sementara itu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) semalam memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu.
Dari Meja suajana-utama:
Renungan untuk kita bersama, jelaslah Allah adalah tuhan yang sebenar patut kita sembah dan yakini dan nabi Muhammad itu kita yakini rasul Allah.